Monday 8 October 2012

Zoo Negara Volunteer


Semalam 6 Oktober tercipta satu sejarah dan kenangan yang tak dapat dilupa.Aku dan coursemate (Diploma Kewartawanan) berbesar hati menawar diri untuk menjadi volunteer di Zoo Negara.Terima Kasih kepada Sir Ezuan Hadi ( Lecturer) yang telah memberi idea untuk kami jalani aktiviti seperti ini dan terima kasih kepada Muhd Yusuf( Presiden Kelab Kewartawanan July 2012) yang berusaha menjayakan aktiviti.Selama ini pergi Zoo untuk melihat haiwan dari jauh semata-mata.Tapi kali ini dapat bermesra serta berada didalam kandang haiwan tersebut.Siapa sangka aktiviti sebegini dapat dilakukan oleh pelajar Diploma Kewartawanan.Macam-macam perkara kami pelajari antaranya bagaimana nak beri haiwan makan,bagaimana nak bermesra dengan haiwan dan pelbagai lagi berkaitan dengan haiwan.Aktiviti ini juga mengeratkan hubungan sesama coursemate dan juga orang luar.Kami bertolak seawal jam 4 pagi dari Kuantan dan aktiviti volunteer di Zoo Negara bermula seawal jam 8.30.Kami telah di bahagikan kepada beberapa group yang mana setiap group akan diberikan tugasan,Ada yang jaga kandang harimau,seladang,beruang,leopard,tapir,unta dan banyak lagi.Aku terpilih untuk menjaga seladang & unta.Satu perkara yang paling aku tidak sangka dan duga aku telah sentuh dan bermesra dengan seekor leopard yang diberi nama "manja" (tapi takde gmbr bersama dia ).Terima kasih kepada Abg zam,Abg hamdam,abg Ravi,Abg Rahim & Abg Azren yang banyak mengajar tentang haiwan.Terima Kasih juga kepada ahli kumpulan Sir Fahmy,Kak Zai,Kak Ann,Akma,Nazrin,Adli,Keyrul yang sama-sama bekerja keras.Dan Akhir sekali kepada classmate & junior terima kasih sudi meluangkan masa dan jalani aktiviti bersama.Harap selepas ini kita dapat berkumpul dan lakukan aktiviti sebegini lagi.             


bermesra dengan "manja"


Group Aku

 Abg Ravi penasihat kumpulan aku

 Sem 5 yang terlibat dengan aktiviti Zoo Volunteer


Sem 4 yang terlibat dengan aktiviti Zoo Volunteer 

 
 Sem 3 yang terlibat dengan aktiviti Zoo Volunteer


 Sem 2 yang terlibat dengan aktiviti Zoo Volunteer 

  Sem 1 yang terlibat dengan aktiviti Zoo Volunteer